Home / Berita / Barbie berhijab pertama di dunia

Barbie berhijab pertama di dunia

Atlet lawan pedang Amerika Syarikat, Ibtihaj Muhammad. -Foto sumber Twitter @IbtihajMuhammad

KELUARAN terbaru Barbie dari syarikat permainan Mattel menampilkan patung mainan berhijab sebagai simbolik penghormatan terhadap atlet, Ibtihaj Muhammad.

Ibtihaj merupakan atlet lawan pedang Amerika Syarikat (AS) dan telah memenangi pingat gangsa untuk lawan pedang berpasukan semasa temasya Sukan Olimpik Rio, tahun lepas.

Menurut laporan New Yorker, Ibtihaj mengalirkan air mata kegembiraan semasa Mattel menyatakan hasrat mereka mahu mereka patung Barbie berdasarkan beliau.

Selanjutnya, Ibtihaj juga membuat beberapa permintaan terhadap Mattel, antara patung mainannya diberikan ‘kaki besar dan kuat’ selain dipakaikan celak dan tudung.

Ketua Pereka Barbie, Robert Best mengatakan Ibtihaj juga meminta pakaian patung mainannya diperbuat dari kain tebal (tidak jarang).

Selain itu, patung Barbie versi Ibtihaj juga akan dipakaikan topeng atlet lawan pedang yang boleh dibuka, menampakkan tudung di sebaliknya.

Pengurus Am Mattel, Lisa McKnight mengatakan beliau mencari individu-individu menyerupai Ibtihaj pada masa hadapan.

“Individu seperti Ibtihaj yang melampaui sempadan dan memberi inspirasi, dan pernah bermain dengan Barbie semasa kecil,” kata Lisa.

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*