Home / Viral / Gadis 7-Eleven Tular Di Thailand

Gadis 7-Eleven Tular Di Thailand

NETIZEN di Thailand tidak pernah jemu untuk mencari jejaka paling tampan atau wanita yang paling jelita pada pandangan mata mereka, tidak kira di mana mereka berada.

Kini, dengan adanya ‘pencarian’ ini, pekerja 7-Eleven juga boleh menjadi terkenal.

Satu artikel bertajuk “30 cawangan: Ranking pekerja 7-Eleven paling cantik tahun 2017” yang turut menyatakan lokasi mereka, sedang mendapat perhatian di media sosial, menarik beribu-ribu perkongsian sejak ia disiarkan pada Isnin.

Ia pada dasarnya menghimpunkan sekumpulan pekerja 7-Eleven yang tular di laman Facebook ‘7-Eleven Cute Girls’ sepanjang tahun lalu.

Walaupun netizen seolah-olah bersetuju bahawa gadis-gadis tersebut kelihatan cukup comel, kebanyakan mereka yang meninggalkan komen menunjukkan bahawa mereka akan memilih pekerja yang cekap dan memberikan perkhidmatan yang baik.

Sebelum ini tular di laman sosial kisah seorang polis kacak yang bertugas selepas berlakunya serangan di Bangkok, diikuti kisah konduktor bas comel.

 

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*