Home / Berita / Misteri 56 tahun terungkai

Misteri 56 tahun terungkai

NAHAS kapal terbang pada 1961 yang mengorbankan Dag Hammarskjold akibat serangan udara.

NEW YORK (PBB): Laporan terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berjaya merungkai misteri nahas kapal terbang pada 1961 yang mengorbankan Setiausaha Agung agensi dunia itu, Dag Hammarskjold.

Laporan itu tidak menolak kemungkinan kejadian di Afrika Tengah itu adalah akibat serangan udara.

Bagaimanapun, Sweden menyifatkan kejadian itu sebagai ‘luka yang gagal dipulihkan’ kerana kegagalan mengenal pasti punca kematian Hammarskjold ketika perang dingin antara negara barat dan Soviet.

Penemuan itu dipercayai hasil maklumat baharu diperoleh daripada arkib milik Belgium, Britain, Kanada, Jerman dan Amerika Syarikat.

Hammarskjold adalah diplomat warga Sweden yang dilantik Setiausaha Agung kedua PBB sejak 1953 dan ketika kejadian, beliau dalam perjalanan untuk mengadakan rundingan gencatan senjata di wilayah Katanga yang kini dikenali sebagai Republik Demokratik Congo.

Selain Hammarskjold, nahas udara itu turut mengorbankan 15 mangsa lain.

Pesawat dinaiki Hammarskjold dilaporkan terhempas pada 17 atau 18 September di lokasi berhampiran Ndola di utara Rhodesia yang kini dikenali sebagai Zambia. – AFP

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*