Home / Berita / Persembahan Arena Maritim dan pameran statik

Persembahan Arena Maritim dan pameran statik

Dari padang kawad Tentera Laut Diraja Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyaksikan Persembahan Arena Maritim dan Pameran Statik yang disembahkan oleh Unit-Unit ABDB dan Kementerian Pertahanan.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Persembahan dan pameran tersebut melambangkan komitmen seluruh perajurit ABDB yang bertekad untuk sentiasa teguh memegang amanah dalam mempertahankan kedaulatan negara serta memantapkan kesiapsiagaan dan keupayaan ABDB selaku benteng utama pertahanan Negara.

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*