Home / Berita / Penerima Sasterawan Muda Mastera 2017

Penerima Sasterawan Muda Mastera 2017

Penulis Novel “Kembara Mencari Cahaya” dari negara ini, telah terpilih menerima anugerah sasterawan muda MASTERA 2017 semasa Seminar Antarabangsa Kesusastraan Asia Tenggara yang berlangsung di Jakarta, Indonesia awal minggu ini. Novelis tersebut ialah Dayang Hajah Nur Hamizah binti Haji Samihon.

Novel tersebut juga pernah mendapat Anugerah Novel Terlaris katogeri sastera 2015 di Pesta Buku Brunei 2016. Melalui karya yang dihasilkan, ia dapat mendorong Hajah Nur Hamizah untuk menghasilkan tulisan yang bermutu dalam memberi inspirasi kepada para pembacanya.

Penulisan novel dapat mengekspresikan fikiran dan mengongsikan ilmu melalui mata pena. Pandangan tersebut antara yang dikongsikan oleh Dayang Hajah Nur Hamizah, 32 tahun, berasal dari Kampung Penapar Tutong. Penulis tersebut, yang nama penanya, Nurhamizah Samihon, mula menceburi dalam bidang penulisan sejak sekolah rendah lagi, dan merupakan salah seorang peserta Program Penulisan MASTERA genre novel tahun 2011

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*