Home / Blog Malay Version / Mark Wahlberg aktor paling mahal

Mark Wahlberg aktor paling mahal

LOS ANGELES – Aktor Hollywood, Mark Wahlberg menjadi pelakon yang menerima bayaran paling mahal di dunia, menurut senarai yang dikeluarkan oleh Forbes baru-baru ini.

Lapor Mail Online, Wahlberg, 46, memperoleh pendapatan kira-kira AS$68 juta (RM291 juta) selepas membintangi filem Daddy’s Home 2 dan Transformers: The Last Knight pada tahun ini.

Pelakon yang juga bintang gusti, Dwayne The Rock Johnson pula menduduki tangga kedua dalam senarai tersebut selepas menerima pendapatan sebanyak AS$65 juta (RM278 juta).

Antara filem yang dibintangi oleh The Rock pada tahun ini ialah Baywatch dan Jumanji.

“Saya jauh lebih baik daripada sesiapa di muka bumi ini dan mempunyai senyuman yang manis,” kata The Rock kepada Forbes.

Dalam pada itu, pelakon yang memegang watak Dom dalam francais The Fast and the Furious, Vin Diesel berada di tempat ketiga apabila memperoleh pendapatan sebanyak AS$54.5 juta (RM233 juta) selepas membintangi beberapa filem pecah panggung seperti xXx: The Return of Xander Cage dan Guardians of the Galaxy Vol. 2.

Sementara itu, pelakon komedi terkemuka, Adam Sandler, di tempat keempat apabila me­nerima pendapatan AS$50.5 juta (RM216 juta) selepas me­nerima bayaran lumayan hasil kerjasamanya dengan Netflix.

Bintang filem aksi, Jackie Chan pula menduduki tempat kelima selepas memperoleh pendapatan sebanyak AS$49 juta (RM209 juta) berikutan penglibatannya dalam beberapa filem di China.

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*