Home / Blog Malay Version / Penerbangan ke2 Syarikat Darussalam Holdings SDN BHD tiba di Makkah

Penerbangan ke2 Syarikat Darussalam Holdings SDN BHD tiba di Makkah

Semakin ramai bakal-bakal haji negara Brunei Darussalam kini sudah berada di kota Makkah Almukarramah, apabila rombongan penerbangan kedua yang mengikuti syarikat Darussalam Holdings SDN BHD telah selamat sampai di kota makkah Almukarramah petanv kelmarin waktu Makkah.

Bakal-bakal haji penerbangan kedua yg mengikuti syarikat D H S B ini bertolak meninggalkan hotel Dallah Tayiebah Madinah memuju Makkah kira-kira pukul 8.05 pagi.

Sebanyak 6 buah bas digunakan untuk mengangkut bakal-bakal haji negara yang singgah sebentar di Bir Ali untuk melakukan Niat Umrah. Rombongan penerbangan ke2 syarikat DHSB ini seramai 249 orang.

3 buah hotel disediakan bagi bakal-bakal haji berkenaan mengikut jenis pakage yang mereka pilih. 35 orang menginap di hotel Al GUFFRAN, 41 oraang menginap di hotel Le Meredien, dan seramai 173 orang lagi menginap di hotel Dallah Ajyad.

Menyambut bakal-bakal haji di hotel Ajyad ialah Awang Hj Abdullah bin hj Mohammad, Ketua maktab urusan haji pentadbiran dan awang hj mahmud bin hj mohamed pengarah urusan syatikat Darussalam Holdings SDN BHD.

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*