Home / Berita / ‘MARKET DAY’, Pusat Pembangunan Kapasiti

‘MARKET DAY’, Pusat Pembangunan Kapasiti

Pada hari Ke-5 Pusat Pembangunan Kapasiti, PPK ‘MARKET DAY’ telah menerima seramai 3105 pendaftaran anak-anak tempatan dalam 13 jenis program antaranya ‘Scaffolder’, ‘Rigger’, ‘Welder’, ‘Mechanical Fitter’ dan Pemandu Jentera Berat. MENTERI TENAGA DAN PERINDUSTRIAN DI JABATAN PERDANA MENTERI, menjelaskan perkara tersebut semasa MARKET DAY yang dibukakan sehingga PETANG KELMARIN.

Yang Berhormat Pehin Datu Singamenteri Kolonel (Bersara) Dato Seri Setia (Doktor) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar berkata berdasarkan dengan jumlah pendaftaran tersebut, ia memperlihatkan keinginan anak-anak tempatan untuk memenuhi ruang-ruang pekerjaan yang terdapat di negara ini. Yang Berhormat Pehin juga menjelaskan dengan adanya penyerahan surat perlantikan kepada organisasi pelatih yang berdaftar (registered training organisation) dan pemberian surat-surat tawaran pekerjaan kepada pelatih-pelatih daripada syarikat-syarikat yang berkecimpung di Pulau Muara Besar akan dapat menjana lagi peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan di negara ini.

Share Button

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*