Home / National / Produk kosmetik dicemari bahan terlarang

Produk kosmetik dicemari bahan terlarang


DUA produk kosmetik didapati dicemari oleh bahan terlarang yang tidak diisytiharkan. Hasil ujian makmal Perkhidmatan Makmal Farmasi, Kementerian Kesihatan mendapati kedua-dua produk berkenaan iaitu, DNARS SUNNY CREAM dan GLOW SKIN WHITE FRENCH TECHNOLOGY UEROPACK LABORATORIES, PARIS, FRANCE telah dicemari dengan bahan pencemar Merkuri yang mengakibatkan kesan-kesan mudarat dan membahayakan kesihatan.

Penggunaan tahap merkuri yang tinggi atau pendedahan yang kerap boleh menyebabkan kulit kebas, sakit kepala, ruam, perubahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Berikutan dapatan tersebut, produk berkenaan dilarang untuk diimport dan dijual di Negara ini. Manakala yang telah membeli atau mengunakan produk-produk tersebut dinasihatkan untuk memberhentikan pengunaannya serta merta. Maklumat lanjut boleh menghubungi Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan melalui talian 2384182 atau e-mel kepada health.regulations@moh.gov.bn atau Talian Darussalam 123.

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*