Home / Berita / Operasi mengusir dan membasmi kumpulan pelampau dan IS

Operasi mengusir dan membasmi kumpulan pelampau dan IS

Pihak tentera Filipina meningkatkan operasi di Marawi sebagai langkah untuk memerangi kumpulan pelampau yang bersekongkol dengan kumpulan IS, di hari ke-enam sejak para pelampau menguasai beberapa bahagian bandaraya di selatan Filipina itu. Tentera kerajaan meningkatkan serangannya terhadap gabungan kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dan Maute selepas pelampau-pelampau tersebut menduduki sebahagian Marawi Selasa lalu. Sementara itu Ahad lalu, lebih banyak korban jiwa dilaporkan di Marawi, dan lebih 50 terbunuh daripada kedua belah pihak.

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*