Home / Sukan / Brunei DPMM FC menang 2 – 0 ke atas Hougang United FC

Brunei DPMM FC menang 2 – 0 ke atas Hougang United FC

Brunei DPMM FC 2017

Pasukan Brunei DPMM FC menang mudah di hadapan penyokong sendiri setelah berjaya menumpaskan pasukan Hougang United FC dengan jaringan 2 – 0 pada Perlawanan Liga Singapura (Liga S) yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman.

Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah serta anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, iaitu Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.

Pasukan Brunei DPMM FC mempamerkan aksi yang bersemangat pada awal perlawanan apabila pemain importnya, Billy Mehmet berjaya mendahului permainan dengan menyumbangkan jaringan gol pertama bagi pasukan berkenaan pada minit ke-8.

Pasukan Brunei DPMM FC sekali lagi mengejutkan pihak lawan, Hougang United FC apabila gawang pasukan itu dibolosi hanya seminit sebelum berakhirnya babak pertama melalui pemain Hendra Azam.

Pada babak separuh masa kedua, pasukan Hougang United FC semakin memperkukuhkan pertahanannya sekali gus membuatkan pasukan Brunei DPMM FC hanya mampu mengekalkan kedudukan 2 – 0.

LAIN LAIN PERLAWANAN: Balestier Khalsa FC vs Garena Young Lions

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*