Home / Sukan / Kelayakan Piala Dunia: Itali atasi ancaman Albania

Kelayakan Piala Dunia: Itali atasi ancaman Albania

PALERMO (Itali): Itali mengatasi debaran babak pertama untuk mencatat kemenangan 2-0 ke atas Albania dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia, yang dicemari insiden keganasan penonton, awal pagi tadi.

PEMAIN tengah Itali, Daniele De Rossi (kiri) menanduk bola dengan pihak lawan Albania, Jahmir Hyka (tengah) bersama pemain iItaly, Andrea Belotti ketika Piala Dunia 2018 di stadium Renzo Barbera, Palermo. – Foto AFP

Sepakan penalti Daniele De Rossi dan tandukan Ciro Immobile memberikan tiga mata berharga buat Itali dalam saingan Kumpulan G, dengan penjaga gol veterannya Gianluigi Buffon melakukan penampilan ke-1,000 di peringkat senior. De Rossi terpaksa menunggu untuk menyempurnakan sepakannya apabila mercun dibaling ke tengah padang oleh penyokong Albania, yang berada di belakang gol.

Permainan tergendala hampir 10 minit di babak kedua apabila penyokong Albania membakar lebih banyak mercun dan suar, yang menyebabkan gawang dijaga Buffon diselubungi asap. Permainan bersambung semula selepas pemain Albania merayu kepada penyokong mereka supaya bertenang.

Itali kini mengutip 13 mata, dibezakan hanya menerusi jumlah gol dengan pendahulu, Sepanyol. Kekalahan Albania meletakkan mereka enam mata di belakang dan menjadikan harapan mereka untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali pertama semakin kabur. – REUTERS

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*