Home / Sukan / Dua pesilat bertolak ke Paris

Dua pesilat bertolak ke Paris

Sekolah Perguruan Pencak Silat Gerak 41 akan mewakili Brunei Darussalam dalam persembahan Pencak Silat di Festival Seni Mempertahankan Diri Kali Ke-32 yang akan berlangsung Paris pada 25 Mac ini di Arena Hotel Accor di sana.

Gambar ramai sebelum perlepasan ke Perancis di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Dua peserta dari sekolah perguruan silat itu akan membawa nama negara di sana ialah Awang Samsul bin Makmun dan Mejar (B) Awang Rusli bin Bujang. Perlepasan kedua peserta ini dialu-alukan oleh Timbalan Presiden Gerak 41, Dr Rozaiman bin Makmun di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di Berakas.

Dalam temu bual bersama Dr Rozaiman, beliau menegaskan kedua-dua peserta ini bukan hanya mewakili negara, malah menjadi wakil bagi pencak silat antarabangsa yang bakal disaksikan oleh para peserta seni mempertahankan diri antarabangsa di sana.

“Banyak permintaan untuk melihat bagaimana pencak silat negara ini dan ramai yang mahu melihat sendiri Sikat Cakak dan Kuntau negara ini, dan itu adalah antara yang bakal kita bawa ke sana sedikit masa lagi,” ujarnya lagi.

Festival itu menurutnya diadakan pada setiap tahun dan antaranya akan menampilkan barisan peserta profesional daripada pelbagai disiplin seni mempertahankan diri, dan pada setiap tahun berjaya menarik minat puluhan ribu pengunjung ke festival itu. – Media Permata –

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*