Home / Sukan / Juve semakin sukar ditandingi

Juve semakin sukar ditandingi

JUAN CUADRADO

SAMPDORIA – Juventus melebarkan sayap mereka sebagai pendahulu Serie A untuk muncul juara liga buat kali keenam apabila jaringan Juan Cuadrado pada awal permainan sudah cukup untuk menewaskan Sampdoria 1-0 manakala pencabar mereka iaitu Roma dan Napoli masing-masing menumpaskan Sassuolo dan Empoli.

Kemenangan itu meletakkan Juventus di kedudukan teratas liga selepas mengumpul 73 mata dengan musim ini berbaki sembilan perlawanan sahaja lagi, lapan mata di depan Roma di tempat kedua yang menewaskan Sassuolo 3-1 dan 10 mata di depan Napoli, menang 3-2 ke atas Empoli.

Cuadrado membuat penampilannya yang ke-50 untuk penyandang juara itu menjaringkan gol tunggal perlawanan selepas menerima hantaran lintang daripada Kwadwo Asamoah pada minit ketujuh sebelum melakukan tandukan terbang untuk memastikan skuad kendalian Massimiliano Allegri mendahului permainan. – REUTERS

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*