Home / Sukan / Sekolah Sukan pamer kehebatan

Sekolah Sukan pamer kehebatan

Sekolah Sukan menggondol kedua-dua gelaran juara Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Kluster 4, 2017 iaitu Kategori B (15 Tahun Ke Bawah) dan Kategori C (18 Tahun Ke Bawah).

Barisan pemain Sekolah Sukan (depan) dan kedua-dua pasukan naib juara bergambar bersama tetamu kehormat dan jemputan khas lain.

Aksi final Kategori C menyaksikan Sekolah Sukan menang ‘straight set’ 2-0 ke atas Sekolah Menengah (SM) Pehin Datu Seri Maharaja (PDSM) Mentiri dengan kiraan mata 21-13 dan 21-10.

Sementara dalam Kategori B, Sekolah Sukan mengenepikan cabaran SM PIHM Serasa pada perlawanan akhir, juga menang dua set tanpa balas dengan kiraan mata 16-14 dan 15-3.

SM Rimba II meraih pingat gangsa Kategori C selepas berhasil menundukkan SM Rimba I pada aksi penentuan tempat ketiga, manakala SM PDSM mengalahkan SM Sultan Sharif Ali pada perlawanan penentuan tempat ketiga Kategori B untuk memenangi pingat gangsa kategori berkenaan.

Kedua-dua anugerah individu iaitu Pemain Terbaik turut dibolot oleh pemain Sekolah Sukan iaitu Awang Mohd Asyraf Abdullah bin Mohd Asrul dalam Kategori B dan Awang Mohd Nor Iman bin Awang Mohammad bagi Kategori C.

Menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Pengetua SM PDSM Mentiri, Dayangku Hajah Norhasima bin Pengiran Haji Hassan.

Tahun ini kejohanan anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK), Kementerian Pendidikan itu telah diselenggarakan oleh SM PDSM Mentiri. – Media Permata –

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*