Home / Sukan / BCC sertai Powerman Asia

BCC sertai Powerman Asia

Kelab Basikal Belait (BCC) telah mewakilkan seramai sembilan orang ahlinya untuk menyertai cabaran Powerman Asia Duathlon Championship 2017 yang diadakan di Dataran Putrajaya Malaysia baru-baru ini.

Antara peserta dari BCC ketika menyertai Powerman Asia Duathlon Championship 2017 yang diadakan di Malaysia baru-baru ini.

Presiden BCC, Awang Mohd Sufrizal bin Haji Hamdan atau lebih dikenali sebagai Bob, yang turut menyertai acara tersebut memberitahu Media Permata hari ini, pasukan daripada kelab mereka merupakan antara seramai lebih 30,000 orang peserta dari seluruh dunia.

Menurutnya, kelab mereka hanya mendapat tempat ke-180, pada acara tersebut yang telah berlangsung pada Ahad lepas, bagaimanapun salah seorang daripada ahli kelab tersebut Awang Zul Azrin bin Mohidin, berjaya mencatatkan masa satu jam dan 56 minit, yang dikira mencatatkan masa terbaik antara peserta lainnya dalam kelab tersebut.

Awang Mohd Sufrizal juga memberitahu, mereka telah membuat latihan selama kira-kira dua bulan dengan menggunakan jalan raya di kawasan Kuala Belait dan Lumut.

Dan penyertaan tersebut, merupakan kali kedua BCC, dan pada tahun lepas juga telah menyertai acara Powerman yang diadakan di Malaysia, antara lain bertujuan untuk menambahkan pengalaman kerana berpeluang bersaing dengan barisan penunggang basikal antarabangsa. – Media Permata –

Share Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*