Home / Blog Malay Version / Kehabisan bahan api punca nahas pesawat

Kehabisan bahan api punca nahas pesawat

Pasukan penyelamat mencari mangsa yang terselamat dalam nahas pesawat khas syarikat penerbangan LaMia. – Foto: AFP

BOGOTA – COLOMBIA. Siasatan awal mengesahkan nahas pesawat yang terhempas di pergunungan Colombia bulan lalu dan mengorbankan 71 daripada 76 penumpang termasuk sebahagian pasukan bola sepak Brazil adalah kerana tiada bahan api.

Ketua pihak berkuasa penerbangan awam Colombia, Freddy Bonilla berkata, siasatan menunjukkan pesawat British Aerospace 146 telah kehabisan bahan api.

“Juruterbang menyedari keterbatasan bahan api pada masa itu. Ia sama ada mencukupi atau tidak. Mereka bagaimanapun tidak membunyikan penggera sehingga beberapa minit sebelum nahas,” katanya dan turut memberitahu ketika kejadian pesawat membawa lebihan berat kira-kira 500 kilogram.

Menurut pihak berkuasa penerbangan awam, juruterbang meminta keutamaan mendarat pada jam 9.49 malam (waktu tempatan) kerana masalah bahan api dan mula menjunam sebelum menerima kebenaran.

Pesawat sewa khas syarikat penerbangan LaMia dilaporkan jatuh di Medellin, 28 November lalu dan meragut nyawa semua pemain kelab bola sepak Chapecoense yang sedang dalam perjalanan menyertai perlawanan menentang Atletico Nacional. – AFP

Share Button

One comment

  1. I’ve been browsing on-line greater than 3 hours as of late, yet I by no means discovered any interesting article like yours.

    It is beautiful price sufficient for me. In my opinion, if all
    website owners and bloggers made just right
    content material as you probably did, the web shall be a lot more helpful than ever before.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*