Home / Blog Malay Version / Indonesia keluar not, syiling baru

Indonesia keluar not, syiling baru

Jakarta: Bank Indonesia semalam melancarkan tujuh not kertas dan empat syiling baru rupiah yang menampilkan gambar 12 wira negara itu.

Pelancaran not dan syiling baru itu di Jakarta turut dihadiri Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan Gabenor Bank Indonesia, Agus Martowardodo.

Not baru itu membabitkan nilai Rp100,000, Rp50,000, Rp20,000, Rp10,000, Rp5,000, Rp2,000 dan Rp1,000, sementara syiling baru ialah Rp1,000, Rp500, Rp200 dan Rp100.

Gambar bapa kemerdekaan Indonesia, Sukarno dan Mohammad Hatta tampil di not Rp100,000 sementara Djuanda Kartawidjaja dan Ratulangi pada not Rp50,000 dan 20,000.

Gambar pahlawan Indonesia lain yang turut digunakan dalam not dan syiling baru itu ialah Frans Kaisepo, Idham Chalid, Mohammad Hoesni Thamrin, Tjut Meutia, I Gusti Ketut Pudja, TB Simatupang, Tjiptomangunkusumo dan Herman Johannes. – Antara

Share Button

One comment

  1. I like this weblog so considerably, saved to my bookmarks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*